Wednesday, January 27, 2016

Ampuni aku ya Allah....

Saya rasa DOWN sgt.... hampir 3 thn saya bekerja di sini...ni la pertama kali saya rasa sgt DOWN. memang saya takdak kabel sapa2 kat sini...kabel saya Allah Taala ja la. tu ja tempat yang layak saya menangis dan meminta. Ya Allah...saya sedih.

Saya percaya rezeki tu ada di mana-mana. Rezeki tu milik Allah Taala. Semoga saya terus ikhlas bekerja. tak kisah la kat mana...tak kisah la apa org nk buat kt saya.

kadang2 takutkan bila nk bercakap bab ikhlas ni. saya x sure buleh ka sy ikhlas. kdg2 kt mulut ikhlas, tp dlm hati????

ntah la...sy berani luah kt sini ja. at least sy ada tempat nk express feeling ni. mcm2 la....sy letih bila tingat....conversation demi conversation...dan menjadi sgt sensitipppp...

mungkin kalo bosss sebut cara baik, mintak cara baik maka saya akan lebih TENANG menerima. mmg tu pon impian sy selama sy bekerja di sini. sy nk balik semula ke MJII. Ya Allah...

mcm2 ragam la.

Tuesday, September 1, 2015

After some time...

Hemm...mencari idea untuk menulis semula after almost 2 years. Well..so many things to write huhu. Almost 2 years berehat from blogging. emm cerita kisah anak2 la.

Azwa dh darjah 1, Aimi dh 5 yrs old, Ain pulak dh 3 yrs old. Ainul (our latest edition hehehe), dh setahun. ehhh...suma perempuan eh anak-anak? kadang2 tu yg org tnya. haa tu la rezeki saya. at one point, sy rasa jelesss tgk org lain ada anak campur2 gender nih. i always pray for baby boy every pregnancy. cuma masih belum ada rezeki. cerita dalam perut...Allah saja yg Maha Mengetahui. Bukan saya tidak merancang utk anak lelaki, bukan sy tidak berusaha utk lekat baby boy, tp nk ceritanya Allah dh sebut bukan rezeki sy lg. kena berusaha lagi dan kena lebih berdoa lagi. Betui la kita ni merancang, tp perancangan jualah yang thorrrbaik. ada hikmahnya di sebalik ujian ni. terima dgn redha.

Sy still remember during my confinement, adik ipaq sy bersalinkan baby boy. Allahu...it was not easy to face the fact. sampai sy berkata dlm hati "kenapa aku tak dapat baby boy". Betapa masa tu sy sgt stress, tensionnya bila dlm grup wassap family asyik sebut newborn tu ja. huhuhu. besa la masa confinement...xleh nk beribadat bagai, suka la syaitan mencucuk.

Alhamdulillah, sy cpt sedaq diri (puji diri sket). tp betui...kena terima hakikat, ni rezeki yg Allah bg kat sy. walaupon sperma tu milik suami tp dia x berkuasa nk control gen X, gen Y.

Thursday, December 5, 2013

shopping...jogging...jogging...shopping

mula cuti sekolah ari tu, bila amik anak2 dari taska, azwa akn bercerita. ada 3/4 ari gak dia dok mention ni.


azwa: mama..mama..esok ibu suruh pki kasut. nk pegi shopping.
mama: ermm (feeling confuse)..ok


camtu la lebih kurang dialog kami. satu hari tu sms ibu taska, tnyakan betui ka ibu nk bwk anak2 g shopping. ibu jwb x de la pulak. pelik gak sbb anak2 ni x reti nk menipu.


satu hari yg lain, sy amik anak2 mcm biasa. azwa bercerita:


azwa: mama..mama..ari ni saya pegi jogging dgn kwn2 saya.
mama: oo yer ker.
azwa: yer...jauh...jumpa anjing. bla..bla..bla..(x ingt dh butir yg lain)
mama: aimi ikut dak?
azwa: aimi toddlers. dia xleh ikut


saya pon tetiba...hahahaha....sekian lama baru saya dpt menangkap apa yg azwa cuba maksudkan. shopping tu ialah jogging. dia tertwist both words. huhu...alahai anak.

Ahmad Ammar

dah sebulan actually tragedy Ahmad Ammar ni but still there are people talking about him. saya pon tetiba terasa nk menulis tentang dia. just take 5..huhu..

hakikatnya saya x kenal langsung dgn Ahmad Ammar. bila satu hari saya terbaca dan tertengok video tentang dia, masyaAllah sayunya hati. betapa Allah mengangkat darjat seorang insan yg bernama Ahmad Ammar nih. meninggal hanya sbb dilanggar ambulan semasa nk melintas jln. tp Allah angkat darjatnya. diberi kebenaran oleh Datuk Bandar Turki utk dikebumikan di tanah perkuburan para shuhada'. Mulianya Ahmad Ammar.


semasa hayatnya, dikatakan Ahmad Ammar ni seorang yg rajin membantu, menolong setiap kali ada kenduri. dialah org pertama dialah org terakhir yg berada di kenduri tu. selain tu rajin mengikuti bantuan kemanusiaan. mengambil jurusan sejarah dgn niat utk mengembalikan kegemilangan islam. Allahurabbi. Maha Suci Allah.


tu la sedikit sebyk yg saya nk tulis di sini. saya berharap utk melahirkan zuriat sebaik Ahmad Ammar. yer la nk contohi Rasulullah tu mungkin pyh la. amik jer la cth yg terdekat ni. Sekian.

Tuesday, November 19, 2013

Menutup aurat itu wajib

arghh amik masa ofis lak tulih blog ni...sat ja. huhu


ok.apa yg saya nk cerita ni ialah kisah pakai stokin. ada dlm entry sblm ni kisah sy dh start pakai stokin. mola2 dulu mcm susah jugak ler nk istiqamah. serious. susah. ok dtg keje pakai stokin. balik umah, g playground, bwk budak2 ni main kat sana, xde lak nk pakai stokin. jln2 kuar yg sekejap2 tu xder lak nk pakai stokin. adoyaiii...rasa mcm malas tau.


towards d end, saya mcm tersedaq sendiri la n rasa pelik pulak bila kuar x pakai stokin. huhu. akhirnya saya terbiasa pakai. alhamdulillah. nk kuar dkt2 pon dh pandai pakai. hopefully ini hidayah yg mampu saya pertahankan.

Wednesday, November 13, 2013

PS2

Alhamdulillah...dh settle down kt PS2 ni..Byk upanya belanja dia. maklumla umah we all start ngan zero. so proses membeli pon bermula la. dari beli yg wajib sampai ke yg x wajib. huhuhu. kalo buleh suma nk beli nk sumbat dlm umah tu.


masa awal2 dulu, umah sepah yg amat. suma tmpt ada benda. atas lantai pon sama. tu lagi la...ngan susu tumpahnya, habuk biskut, semut, mainan. berterabuq atas lantai. nk lalu pon kena squeeze things. haha. hebat umah saya nih.


nak masuk 2 bln dh la dok PS2 ni. terasa kepuasan bila dok umah sendiri. Alhamdulillah...syukur pada Allah atas nikmat yg diberi.

Hari Kecemerlangan Ilmu Tadika Islam Al-Falah

Tadika Azwa buat convo day on 10th Oct ritu. huhu. seronoknya sbb azwa buat persembahan. lagi seronok bila dia dapat no 1. mama dia baru tau pagi hari kejadian. ish..ish..teruk sungguh mama dia. maafkan la mama ya azwa. I tot dia biasa2 saja. I didnt expect her to study hard(?). hehe. yer la she's only 5. sian la budak tu nk belajar gila2. sekadar lepas hafazan sket2 ok la kan. rupanya she's the best. alhamdulillah. thank you Allah.


bab persembahan tu yg best. mcm2 ragam kt atas pentas tu. saya nampak anak saya paling comeiiii....awww perasan.

Wednesday, September 18, 2013

Aurat

ya.. menutup aurat itu wajib. dgn sempurna. dah lama saya niat nk pakai stokin kaki. alhamdulillah ramadhan kali ini saya berjaya tutup kaki dgn stokin. huhu. payah jugak sebenarnya. kena nekad, tekad. apapun saya seronok la dpt pakai stokin. rasa lebih yakin dan selamat bila melangkah. insyaallah akn cuba utk cover d aurah sebaik mungkin. amin.

Monday, September 16, 2013

ayah kawan saya keje posmen

alkisahnya, saya bakal berpindah ke umah baru. soon. so dua tiga minggu ni asyik berkubang berkampung kt umah baru. and of course umah baru kan ada post box. haha. ni dialog antara saya and azwa pada satu minggu kt umah baru.




azwa: (check post box) bila umah kita nk ada surat?

saya: tunggu la posmen hantar surat nnt.

azwa: mama, ayah kwn saya keje posmen.

saya: oo ok.




the next day. kt umah baru.


azwa: (check post box) xder surat pon.

saya: mmg la x der. tunggu la posmen x hantar surat lg.

azwa: bila ayah kawan saya nk hntr surat kt umah kita?

saya: erkkk...



aduhai anak...macam2

Thursday, August 15, 2013

sajer jer nk bgtau...

haha...nk post yg ni dulu. nk pindah masuk umah baru dh. soon. best...best

Ayah kawen lagi.

Apa yg sy nk share kt sini is something serious. ayah dh kawin baru. dh lama gak la. dh x ingat bila. ujung thn lepas kot. xper la x penting pun. Isteri baru ayh ni janda ank 5. Emm mcm org susah la. Actually this lady is kakak to my cousin's wife. I don't know how to express this feeling. lega sbb ada org yg jaga ayah. tp xbesh sbb we're from different background. x baik kan ada perasaan camtu? huhu. setakat ni isteri ayah tu ok la. xde la nk mengarah x tentu hala. saya sekadar mendoakan semoga ayah suami isteri diberkati dan di bawah lindungan Allah. Amin.

Pindah tempat kerja pulak...

ari ni dh 8 syawal. rupanya dh seminggu raya. bermakna dh 5 bln la saya menjadi warga HQ Mara ni. sob..sob..masih terasa kesedihan tu but life goes on kan. tak guna saya bersedih kuar air mata darah seandainya itu adalah ketentuan Allah. saya redha. entry ni bukan nk cerita pasai raya. hehe. just selit sket2 la. kebetulan mood raya masih ada lagik. okeh..kita masuk cerita yang sebenaqnya lah. dari seorang pengajar/pendidik kepada penyelaras subjek. x byk berubah sgt. masih lagi dlm bidang pendidikan cuma saya lebih focus menjaga quality of the curriculum. pastu jaga cekgu-cekgi lebih kurang. jaga dari segi keperluan latihan la (I x jaga tepi kain diaorng). so far keje is ok. bos pn ok. ssya rasa everything is ok lah. yg x ok is traffic jammed. alahai...lomah jor raso nk menempuh jem tu. time ujan especially. kalo xcident sket2 pn jem gak. nak2 masa bulan poso aritu. lg teruk jem. arghh tension tau. other alternative is naik lrt. ok gak bcoz x penat drive. drive gak la halfway ke sg besi tu. hehehe. hari2 kuar umah paling lewat 6 am. di saat org lain tgh sedap beradu (jeles), saya dh start engine keta. mola2 ritu dok berkira-kira nk pndah ke kelana jaya @ puchong @ mana2 yg dekat la ngan KL but since dh beli umah kt semenyih tu rasa mcm syg pulak. ya la umah baru kan. baru nk rasa dok umah sendiri. dh berangan-angan nk deco umah tu. lastly x jadik pindah la. tp tu la husband and wife, dua-dua keje jauh. apakan daya. andai ada rezeki, saya mntk pndah la. satu pengalaman baru. bekerja di bhgn admin. kdg2 terasa boring bila x der keja. terpaksa mencari kerja. huhuhu. kalo mengajar lain, setiap masa saya rasa ada kerja. HARUS..ada kerja. walaupon ada gak mengulor sket2 hehe. at first mmg saya rasa susah. saya mmg jenis yg lambat nak adapt with new environment. nak ngam ngan new colleagues (college-as students always spell. selalu kena betulkan hehehe). fuhh...stress. just imagine, baru lapor diri sehari, esok tu dh kena kuar outstation. mujuq dekat ja. huhu. apapun I gained new experience, new working environment, new friends, new routes and mcm2 new lagi. so what shud we say? thank you Allah. ni suma rezeki Allah yang bagi. be positive. think positive. look at the good side. InsyaAllah. semoga saya dpt melakukan yg terbaik utk agama saya dan anak bangsa saya.

Saturday, October 6, 2012

alahai jiran

Sy x brniat utk memburukkan sesiapa cuma perlu amik teladan dr kisah ni. Alkisahnya minggu lepas sy balik kg. Adik sy yg kecik tu (dh x kecik pon huhu) nk konvo. Kebetulan ari sabtu tu bersamaan tarikh mak meninggal,jd kami adik-beradik buat tahlil la sket.masa maghrib tu kiranya suma org bersiap la nk solat.tgh sebok2 tu tetiba muncul makcik T ni...out of nowhere.masing2 trgamam huhu..dh la masuk x bg salam, tetiba ja muncul. Rupanya dia nk buat pengumuman (ayat dia la ni)...dia nk menikah. Jd nk menjemput la tu. Allah...xkena gaya betui la. Pd kami adik-beradik mmg x beradab sopan la. X buleh ka tunggu pas maghrib. Dia kalut la. Hem... Alkisahnya dia mmg dok propose kt ayh sy...tp ayh sy x mau. Kami adik-beradik pn x setuju kalo ngan makcik tu. X masuk. Bukan jodoh la. Huhu...lega.

Tuesday, May 15, 2012

ada ka patut...

kj aku ni x nyempat2. eii geram gak aih. dia msg suruh call dia guna tpon ofis. ok fine..terhegeh2 la kita ni bangun amik tipon, suruh telefonis call dia. within 2 minutes, dia sms lak kwn sblh ni mntk aku call dia. ya Allah...annoying nyer. dh tu masa tgh dok ckp ngan kj ni, tipon aku bunyi. tgk caller *******. sah! dlm ati aku msti pasai bnda yg sama.

eii x leh sabaq ka....it happened within 1-2 minutes. beza masa tu sgt kecik. sabaq2 la. kalo x jwb tpon lam 1/2 jam or 15 minutes tu logik la dia p call org lain, or sms org lain. eii sgt mencabar kesabaran.

azwa ngamuk.

apa pasai la azwa bangun pg td nangis2. eii geram la. ikut hati ni nak boh sedas (loghat kedah yg rmaksud nya pukul lbh kurang) tp ingatkan anak yg x phm bahasa sgt, sabaq jer la. dia mcm x puas ati la kita ni x kejut dia bangun, x ajak dia mandi.

besa2 sy mmg kejut dia bangun suruh mandi. pegang tgn ni tuntun bwk p toilet. boh ayaq panas dlm baldi. pastu bg mandi.

tp pg td sy x dan. semlm tertdo awal. x sempat la nk iron baju. pg ni la baru nk terhegeh2 nk iron baju. dah tu azwa terjaga sndiri...apalagi dia pon bukak la sound. pastu ngan adik sekali jaga bukak sound gak. hemm sabaq...sabaq.

kisah check up semalam

nk story ni....semlm ada check up kt klinik kesihatan. purposely pegi 3.30 pm ngan harapan cpt siap. nkdijadikan citer, ramainya umat yg g klinik semlm and i was d 2nd last person yg kena check. nk tau last person tu sapa? hehe...doktor kt klinik tu. tp nurse kt situ suruh doktor tu check esok pg jer la becoz dh ptg sgt pun. dh 5.30 pm. so ttp la i was d last person huhu. nasib baik ada sudoku. xder la boring sgt menunggu. tp ngantuk la sket.

mujur la nurse semlm sgt ok. byk kes baru katanya. semlm timbang berat naik 100g ja. nurse tnya x mkn ka? minum susu dak? sy ckp la sy minum susu kambing ja huhu..susu gak kan. tp rasanya sbb posa kot. terlupa lak nk bgtau kt nurse tu yg sy dok posa ganti. sbbnya sblm2 ni pon mana ada minum susu pon tp berat naik terlebih2 pulak hehehe. rasanya tu kot punca berat x naik. tp alhamdulillah la hb masih 11. tp kena jaga2 la takut turun. kena mkn obimin balik la ni.

time check perut tu momen paling best. 1st time experienced kejadian ni. masa nurse pegang perut, baby bergerak sakan. bergolek2, berpusing2. siap menendang lg. huhu. nurse tu ckp " oo marah org usik dia". hehe. sy sgt suka. hrp2 baby ni akan terus sihat and aktif.

Blog usang.

hehe...lama sungguh x berblog. asyik baca blog org jer huhu. rasanya ni yg 1st kot utk 2012 ni..ish ntah x ingat.

byk benda yg nk diluahkan dr awal thn tp x dan la. serius ckp...mcm bz semcm jer. aaa lately jer mcm free sket..buleh la nk google resipi hehe, breast pump, baca blog org pasal breastfeeding, set post natal dll lah. buleh jugak kuar g survey brg baby, shopping baju2 sket hehehe.

kiranya ni mcm nk active berblog balik la...tp x tau la sempat ka dak...apapun priority is kerja opis la...hakiki kan. semoga diberkati amin.

Friday, December 2, 2011

status FB

sy terbaca status FB sahabat sy. (x perlu la dinyatakan di sini k). jauh di sudut ati sy, agak terkilan bila dia persoalkan status DG jabatan lain. sy tau dia seorang yg hardworking, keje2 dia tip top. kalo ari ni bagi kerja, esok msti dh dpt. in term of management pon bagus. dia seorang yg dedicated.

nape DG menjadi satu isu?

ni apa yg sy rasa. my point of view only. jgn slh paham. 2/3 minggu lepas ada ura2 kerajaan nk buat waktu keja cikgu (of course DG) 7.30 - 4.30. dari apa yg sy dgr (ujung2 telinga je la..mls nk amik pot) seolah2 dia bersetuju dgn apa yg kerajaan nk buat sebab kami di kolej pon adalah guru DG yg keja 8-5. seolah2 sepatutnya tiada beza DG di sekolah dan DG di kolej.

honestly sy rasa x patut. keje cikgu sekolah sebenarnya lebih mencabar. cikgu sekolah dealing with students yg bermacam ragam, segenap lapisan kaum, level dan mcm2 lg la. mungkin family sy sendiri ramai yg jadi cikgu so sy nak back up cikgu. maybe. sy selalu dgr citer from kakak dan adik sy bagaimana pelajar zmn sekarang sgt2 mencabar kewibawaan mereka sbg guru. layan cikgu2 mcm layan kawan2. kena yg kelas A, kepala cara kelas A. perasan pandai, agak berlagak dan sombong...(namun bukan semua berperangai camtu). yg kelas bwh sket, cara bwh la pulak. semua ni mmg mencabar kesabaran seoarng insan bergelar guru. selain dr tu, keje2 di sekolah pon byk. mcm2 aktiviti nk dibuat. minggu ni aktiviti ni, next week aktiviti lain lak. yg nk buat cikgu2 ni gak.

mungkin ada guru yg x dak keje...ceritanya pegi sekolah, ngajar, gosip lebih kurang, rehat2, balik umah. itu jer rutin dia setiap ari. tp setakat ni payah sy nk jumpa 'cekgu' yg mcm tu (veteran maybe...). kalo yg muda, energetic ni mmg diberi lambakan kerja la.

sy xder la menyalahkan sahabat sy 100% atas status yg dinaikkan. mungkin sahabat sy bercakap atas dasar apa yg dia nampak, dengar dan tau. maybe sahabat sy x bermaksud apa2, sekadar status. maybe sy yg telah tersalah tafsir status tu. maafkanlah sy. hanya manusia biasa yg membuat interpretasi berdasarkan ilmu yg cetek.

namun sy berharap agar profesion sy (walaupun x secemerlang mana huhu) dpt melahirkan insan2 yg dpt menyumbang kpd agama Islam. insyaAllah.

Wednesday, November 30, 2011

i am expecting...

again...huhu...alhamdulillah. that's what i've been waiting for...and work hard for. hehe. this would be the third time. and the baby is 6 weeks +.

seems not much different with my second pregnancy. so far don't have severe morning sickness. yg rasa sgt during perut kosong. time bangun tido. cuma kdg2 tima mkn tu rasa mcm nk mkn byk, mcm2 nk mkn tp bila dh dpn mknan x lalu pon. nasi selalu mkn x abis. ya Allah, ampunkan aku...sian nasi tu kena buang. cannot go la.

baby boy??? sy tidak berharap sebagaimana sy agak berharap masa second baby dulu. this time sy agak bertenang. ni semua rezeki. andai ada rezeki dpt la baby boy huhu. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya. apa yg termampu sy buat masa ni is berdoa. Allah Maha Mendengar...

Thursday, November 17, 2011

agen lantikan bank kah??

sekarang ni mcm2 gaya penipuan...ish takut la. org zmn skang sgt bijak bab2 menipu. jgn la anak2 sy tergolong dlm golongan org2 spt itu.

alkisahnya, semlm masa dok bz2 kt PWTC tu, sy received one call from this guy. he claimed that he's from one company yg dilantik oleh bank utk membuat verification of credit card. sy hampir percaya. sbbnya dia ckp company dia berdaftar dgn bank negara, PIDM, AAPK. and he gave me his office number.

tujuan dia call just nk verify in their system whether sy ni masih aktif guna kad kredit or not. and also to make sure xder penipuan atau pemalsuan kad kredit. bersungguh2 dia memaksa sy bagi no kad. especially no yg kt belakang tu.

yg buat sy terpikir 3/4 kali tu because dia call guna hp. bila sy refuse to give my details, dia suruh sy call office dia pas perbualan kami. dia ckp x yah takut because dia just nk wat verification ja. bila sy ckp xder pn bank bgtau apa2, dia jwb mmg la tp skang ni suma bank wat camtu. guna agen utk membantu pihak bank. BODOH ORG TU. yg lg cerdik tu, dia trus tnya no ccv kad sy. siap peleceh sy tu bila sy ckp sy xtau security no sy. hampeh punya org. geram betui la dgn org yg mcm tu. very annoying. terus sy cut off the line.

sy call customer servis credit card sy. diaorg ckp mmg xder pihak bank melantik sesiapa sbg agen diaorg. alhamdulillah Allah lindungi sy. mujur la sy x dedahkan sebarang details kad sy. tu semua PENIPUAN.

semoga Allah terus lindungi sy dan keluarga. Amin.