Thursday, August 15, 2013

sajer jer nk bgtau...

haha...nk post yg ni dulu. nk pindah masuk umah baru dh. soon. best...best

Ayah kawen lagi.

Apa yg sy nk share kt sini is something serious. ayah dh kawin baru. dh lama gak la. dh x ingat bila. ujung thn lepas kot. xper la x penting pun. Isteri baru ayh ni janda ank 5. Emm mcm org susah la. Actually this lady is kakak to my cousin's wife. I don't know how to express this feeling. lega sbb ada org yg jaga ayah. tp xbesh sbb we're from different background. x baik kan ada perasaan camtu? huhu. setakat ni isteri ayah tu ok la. xde la nk mengarah x tentu hala. saya sekadar mendoakan semoga ayah suami isteri diberkati dan di bawah lindungan Allah. Amin.

Pindah tempat kerja pulak...

ari ni dh 8 syawal. rupanya dh seminggu raya. bermakna dh 5 bln la saya menjadi warga HQ Mara ni. sob..sob..masih terasa kesedihan tu but life goes on kan. tak guna saya bersedih kuar air mata darah seandainya itu adalah ketentuan Allah. saya redha. entry ni bukan nk cerita pasai raya. hehe. just selit sket2 la. kebetulan mood raya masih ada lagik. okeh..kita masuk cerita yang sebenaqnya lah. dari seorang pengajar/pendidik kepada penyelaras subjek. x byk berubah sgt. masih lagi dlm bidang pendidikan cuma saya lebih focus menjaga quality of the curriculum. pastu jaga cekgu-cekgi lebih kurang. jaga dari segi keperluan latihan la (I x jaga tepi kain diaorng). so far keje is ok. bos pn ok. ssya rasa everything is ok lah. yg x ok is traffic jammed. alahai...lomah jor raso nk menempuh jem tu. time ujan especially. kalo xcident sket2 pn jem gak. nak2 masa bulan poso aritu. lg teruk jem. arghh tension tau. other alternative is naik lrt. ok gak bcoz x penat drive. drive gak la halfway ke sg besi tu. hehehe. hari2 kuar umah paling lewat 6 am. di saat org lain tgh sedap beradu (jeles), saya dh start engine keta. mola2 ritu dok berkira-kira nk pndah ke kelana jaya @ puchong @ mana2 yg dekat la ngan KL but since dh beli umah kt semenyih tu rasa mcm syg pulak. ya la umah baru kan. baru nk rasa dok umah sendiri. dh berangan-angan nk deco umah tu. lastly x jadik pindah la. tp tu la husband and wife, dua-dua keje jauh. apakan daya. andai ada rezeki, saya mntk pndah la. satu pengalaman baru. bekerja di bhgn admin. kdg2 terasa boring bila x der keja. terpaksa mencari kerja. huhuhu. kalo mengajar lain, setiap masa saya rasa ada kerja. HARUS..ada kerja. walaupon ada gak mengulor sket2 hehe. at first mmg saya rasa susah. saya mmg jenis yg lambat nak adapt with new environment. nak ngam ngan new colleagues (college-as students always spell. selalu kena betulkan hehehe). fuhh...stress. just imagine, baru lapor diri sehari, esok tu dh kena kuar outstation. mujuq dekat ja. huhu. apapun I gained new experience, new working environment, new friends, new routes and mcm2 new lagi. so what shud we say? thank you Allah. ni suma rezeki Allah yang bagi. be positive. think positive. look at the good side. InsyaAllah. semoga saya dpt melakukan yg terbaik utk agama saya dan anak bangsa saya.

Saturday, October 6, 2012

alahai jiran

Sy x brniat utk memburukkan sesiapa cuma perlu amik teladan dr kisah ni. Alkisahnya minggu lepas sy balik kg. Adik sy yg kecik tu (dh x kecik pon huhu) nk konvo. Kebetulan ari sabtu tu bersamaan tarikh mak meninggal,jd kami adik-beradik buat tahlil la sket.masa maghrib tu kiranya suma org bersiap la nk solat.tgh sebok2 tu tetiba muncul makcik T ni...out of nowhere.masing2 trgamam huhu..dh la masuk x bg salam, tetiba ja muncul. Rupanya dia nk buat pengumuman (ayat dia la ni)...dia nk menikah. Jd nk menjemput la tu. Allah...xkena gaya betui la. Pd kami adik-beradik mmg x beradab sopan la. X buleh ka tunggu pas maghrib. Dia kalut la. Hem... Alkisahnya dia mmg dok propose kt ayh sy...tp ayh sy x mau. Kami adik-beradik pn x setuju kalo ngan makcik tu. X masuk. Bukan jodoh la. Huhu...lega.

Tuesday, May 15, 2012

ada ka patut...

kj aku ni x nyempat2. eii geram gak aih. dia msg suruh call dia guna tpon ofis. ok fine..terhegeh2 la kita ni bangun amik tipon, suruh telefonis call dia. within 2 minutes, dia sms lak kwn sblh ni mntk aku call dia. ya Allah...annoying nyer. dh tu masa tgh dok ckp ngan kj ni, tipon aku bunyi. tgk caller *******. sah! dlm ati aku msti pasai bnda yg sama.

eii x leh sabaq ka....it happened within 1-2 minutes. beza masa tu sgt kecik. sabaq2 la. kalo x jwb tpon lam 1/2 jam or 15 minutes tu logik la dia p call org lain, or sms org lain. eii sgt mencabar kesabaran.

azwa ngamuk.

apa pasai la azwa bangun pg td nangis2. eii geram la. ikut hati ni nak boh sedas (loghat kedah yg rmaksud nya pukul lbh kurang) tp ingatkan anak yg x phm bahasa sgt, sabaq jer la. dia mcm x puas ati la kita ni x kejut dia bangun, x ajak dia mandi.

besa2 sy mmg kejut dia bangun suruh mandi. pegang tgn ni tuntun bwk p toilet. boh ayaq panas dlm baldi. pastu bg mandi.

tp pg td sy x dan. semlm tertdo awal. x sempat la nk iron baju. pg ni la baru nk terhegeh2 nk iron baju. dah tu azwa terjaga sndiri...apalagi dia pon bukak la sound. pastu ngan adik sekali jaga bukak sound gak. hemm sabaq...sabaq.

kisah check up semalam

nk story ni....semlm ada check up kt klinik kesihatan. purposely pegi 3.30 pm ngan harapan cpt siap. nkdijadikan citer, ramainya umat yg g klinik semlm and i was d 2nd last person yg kena check. nk tau last person tu sapa? hehe...doktor kt klinik tu. tp nurse kt situ suruh doktor tu check esok pg jer la becoz dh ptg sgt pun. dh 5.30 pm. so ttp la i was d last person huhu. nasib baik ada sudoku. xder la boring sgt menunggu. tp ngantuk la sket.

mujur la nurse semlm sgt ok. byk kes baru katanya. semlm timbang berat naik 100g ja. nurse tnya x mkn ka? minum susu dak? sy ckp la sy minum susu kambing ja huhu..susu gak kan. tp rasanya sbb posa kot. terlupa lak nk bgtau kt nurse tu yg sy dok posa ganti. sbbnya sblm2 ni pon mana ada minum susu pon tp berat naik terlebih2 pulak hehehe. rasanya tu kot punca berat x naik. tp alhamdulillah la hb masih 11. tp kena jaga2 la takut turun. kena mkn obimin balik la ni.

time check perut tu momen paling best. 1st time experienced kejadian ni. masa nurse pegang perut, baby bergerak sakan. bergolek2, berpusing2. siap menendang lg. huhu. nurse tu ckp " oo marah org usik dia". hehe. sy sgt suka. hrp2 baby ni akan terus sihat and aktif.

Blog usang.

hehe...lama sungguh x berblog. asyik baca blog org jer huhu. rasanya ni yg 1st kot utk 2012 ni..ish ntah x ingat.

byk benda yg nk diluahkan dr awal thn tp x dan la. serius ckp...mcm bz semcm jer. aaa lately jer mcm free sket..buleh la nk google resipi hehe, breast pump, baca blog org pasal breastfeeding, set post natal dll lah. buleh jugak kuar g survey brg baby, shopping baju2 sket hehehe.

kiranya ni mcm nk active berblog balik la...tp x tau la sempat ka dak...apapun priority is kerja opis la...hakiki kan. semoga diberkati amin.

Friday, December 2, 2011

status FB

sy terbaca status FB sahabat sy. (x perlu la dinyatakan di sini k). jauh di sudut ati sy, agak terkilan bila dia persoalkan status DG jabatan lain. sy tau dia seorang yg hardworking, keje2 dia tip top. kalo ari ni bagi kerja, esok msti dh dpt. in term of management pon bagus. dia seorang yg dedicated.

nape DG menjadi satu isu?

ni apa yg sy rasa. my point of view only. jgn slh paham. 2/3 minggu lepas ada ura2 kerajaan nk buat waktu keja cikgu (of course DG) 7.30 - 4.30. dari apa yg sy dgr (ujung2 telinga je la..mls nk amik pot) seolah2 dia bersetuju dgn apa yg kerajaan nk buat sebab kami di kolej pon adalah guru DG yg keja 8-5. seolah2 sepatutnya tiada beza DG di sekolah dan DG di kolej.

honestly sy rasa x patut. keje cikgu sekolah sebenarnya lebih mencabar. cikgu sekolah dealing with students yg bermacam ragam, segenap lapisan kaum, level dan mcm2 lg la. mungkin family sy sendiri ramai yg jadi cikgu so sy nak back up cikgu. maybe. sy selalu dgr citer from kakak dan adik sy bagaimana pelajar zmn sekarang sgt2 mencabar kewibawaan mereka sbg guru. layan cikgu2 mcm layan kawan2. kena yg kelas A, kepala cara kelas A. perasan pandai, agak berlagak dan sombong...(namun bukan semua berperangai camtu). yg kelas bwh sket, cara bwh la pulak. semua ni mmg mencabar kesabaran seoarng insan bergelar guru. selain dr tu, keje2 di sekolah pon byk. mcm2 aktiviti nk dibuat. minggu ni aktiviti ni, next week aktiviti lain lak. yg nk buat cikgu2 ni gak.

mungkin ada guru yg x dak keje...ceritanya pegi sekolah, ngajar, gosip lebih kurang, rehat2, balik umah. itu jer rutin dia setiap ari. tp setakat ni payah sy nk jumpa 'cekgu' yg mcm tu (veteran maybe...). kalo yg muda, energetic ni mmg diberi lambakan kerja la.

sy xder la menyalahkan sahabat sy 100% atas status yg dinaikkan. mungkin sahabat sy bercakap atas dasar apa yg dia nampak, dengar dan tau. maybe sahabat sy x bermaksud apa2, sekadar status. maybe sy yg telah tersalah tafsir status tu. maafkanlah sy. hanya manusia biasa yg membuat interpretasi berdasarkan ilmu yg cetek.

namun sy berharap agar profesion sy (walaupun x secemerlang mana huhu) dpt melahirkan insan2 yg dpt menyumbang kpd agama Islam. insyaAllah.

Wednesday, November 30, 2011

i am expecting...

again...huhu...alhamdulillah. that's what i've been waiting for...and work hard for. hehe. this would be the third time. and the baby is 6 weeks +.

seems not much different with my second pregnancy. so far don't have severe morning sickness. yg rasa sgt during perut kosong. time bangun tido. cuma kdg2 tima mkn tu rasa mcm nk mkn byk, mcm2 nk mkn tp bila dh dpn mknan x lalu pon. nasi selalu mkn x abis. ya Allah, ampunkan aku...sian nasi tu kena buang. cannot go la.

baby boy??? sy tidak berharap sebagaimana sy agak berharap masa second baby dulu. this time sy agak bertenang. ni semua rezeki. andai ada rezeki dpt la baby boy huhu. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya. apa yg termampu sy buat masa ni is berdoa. Allah Maha Mendengar...

Thursday, November 17, 2011

agen lantikan bank kah??

sekarang ni mcm2 gaya penipuan...ish takut la. org zmn skang sgt bijak bab2 menipu. jgn la anak2 sy tergolong dlm golongan org2 spt itu.

alkisahnya, semlm masa dok bz2 kt PWTC tu, sy received one call from this guy. he claimed that he's from one company yg dilantik oleh bank utk membuat verification of credit card. sy hampir percaya. sbbnya dia ckp company dia berdaftar dgn bank negara, PIDM, AAPK. and he gave me his office number.

tujuan dia call just nk verify in their system whether sy ni masih aktif guna kad kredit or not. and also to make sure xder penipuan atau pemalsuan kad kredit. bersungguh2 dia memaksa sy bagi no kad. especially no yg kt belakang tu.

yg buat sy terpikir 3/4 kali tu because dia call guna hp. bila sy refuse to give my details, dia suruh sy call office dia pas perbualan kami. dia ckp x yah takut because dia just nk wat verification ja. bila sy ckp xder pn bank bgtau apa2, dia jwb mmg la tp skang ni suma bank wat camtu. guna agen utk membantu pihak bank. BODOH ORG TU. yg lg cerdik tu, dia trus tnya no ccv kad sy. siap peleceh sy tu bila sy ckp sy xtau security no sy. hampeh punya org. geram betui la dgn org yg mcm tu. very annoying. terus sy cut off the line.

sy call customer servis credit card sy. diaorg ckp mmg xder pihak bank melantik sesiapa sbg agen diaorg. alhamdulillah Allah lindungi sy. mujur la sy x dedahkan sebarang details kad sy. tu semua PENIPUAN.

semoga Allah terus lindungi sy dan keluarga. Amin.

Tuesday, November 15, 2011

family day kktm

29 - 30 okt 2011 ari tu berlangsungnya family day KKTM Beranang kt Pulau Pangkor, Perak. agak menarik percutian kali ni because BKK buat kt pulau, keluar dr negeri selangor and fully sponsored by BKK. yeahooo.

sehari sebelum ada taklimat tentang Hari Keluarga. ramai yg xder. dpt gambaran la dr segi programnya, penginapan, pengangkutan dll. yg menarik lg bila kami dpt naik feri kt jeti Marina yg katanya for members only. xyah la nk beratur panjang2, penat2 menunggu turn. parking pon agak cantek la. yg pegi naik kereta dpt la token RM 40. yg naik bus of course la xde apa kan. hehehe.

kami kuar agak awal lam kul 7.30 am sbb katanya kena naik feri kul 11. so bajet sampai lam kul 11.30 la. this time sy tinggalkan fatimah (kalo bwk dia kena byr extra RM 120 huhuhu). lagipon satu mlm ja. dlm perjalanan tu berselisih ngan yan and ustaz.

all d way, ok, xder masalah. sampai jeti  Marina, ramai gak la yg still waiting for their turn. antaranya Zalina KJ, yan, ustaz, radzi n few more yg x leh nk recall. naik feri kul 1. yg last sekali naik van@bus tu ialah sy, Zalina and Pudin. tup tap tup tap, sampai chalet lbh kurang 2.30 pm. rehat2 jap. terus turun mandi laut. wahh suka betui azwa n aimi. papa depa pon sama naik suka. huhu.

punya la suka mandi laut sampai x ingat nk join games. azwa sempat main 1 game ja. cari gula2 dlm tepung. dia tgk ja bdk2 lain tiup tepung amik gula. penuh semangat la mama dia jerit suruh tiup tepung tu. huh...xder nya. agaknya dia isaukan nnt muka dia comot kot huhu. so dpt la nombor last. jadi la kak...ada gak penyertaan.

mlm ada bbq. ada seafood katanya. before tu husband ada ckp, ni kalo ramai2 ni, ada possibility mknan x cukup. tp sy x percaya. erm rupanya betui la apa yg dia ckp. seafood yg ada was udang n kerang. yg tu yg x cukup tu. yg lain besa la ayam, ikan. pastu ada aktiviti musical chair utk children n parents. DJ mlm tu was spoiled. dia lak yg control everything. nak kitaorg follow rules dia. so abih awal la mlm tu. dgr ceritanya dia 'minum' sblm tu. no wonder la.

next day, bfast mcm x cukup. sy pon xphm la apa yg pekerja kt situ buat. servis agak slow. aktiviti pagi tu ialah snorkelling/ island hoping (betui ka spelling ni). sy x pegi pon. air surut. pas mandi laut pg tu sy berkemas brg utk balik. wuih beg...buleh thn berat. yer la masa dtg, bwk baju kering. masa balik baju dh lembap. berat ooo.

mkn tgh ari sekali lagi agak lmbt. dh kul 12 katanya x siap lagi msk sayur. 12.30 noon dh kena check out. lmbt check out kena byr. ishh...once dh masak cpt2 mkn, angkat brg2, naik van, pusing island. sy naik sekali ngan kak azeera, radzi and sapa ntah sorang lg...aduh..x ingat (kiv dulu yer). van kitaorg x der singgah sgt2. masing2 dh penat, mls nk turun naik van. cuaca pn buleh thn panas.

hajat di hati before balik nk la singgah pekan dia tu beli souvenier. cari t-shirt utk anak2. apakan daya, dgn 2 anak kecik yg x paham gelojak ati mama dia ni, terpaksa la balik ngan tgn kosong.

sampai jeti marina azwa lak buat perangai. dibantainya menangis sekuat ati, marah ker apa ntah. yer la bila dh pnt, camtu la. silap sket ja, dia pon tunjuk belang la. xpa la berjaya pujuk n kami pon balik ke beranang.

sy sampai umah kul 11 mlm. tu pon singgah umah abg kt sementa klang sat. jumpa ayah sy. serius ckp penat tp i enjoyed myself during d vacation. next time anjurkan dkt sungai lak yer AJK BKK. :))


bila mak xde...

ada sorang sahabat sy bercerita anak dia sakit, demam campak. sy tnya la sapa jaga anak dia kt umah. so dia jwb dia import mak dia tlg jaga anak.

hemm...dlm hati sy 'dia ada mak lg. buleh gak mntak tlg mak. sy ni dh x der mak.'

thn depan sy nk hantar maid sy balik. for good la ni. sy x nak guna perkhidmatan maid lg dah.sy rasa jiwa sy bukan jiwa yg sesuai ada maid kt umah. tambah lg kena yg baloq liat mcm maid skang ni. berbalik kpd citer di atas, sy termenung gak bila pikir kalo anak sakit, sy kena amik cuti. kalo demam besa2, mungkin buleh hantar taska lg. kalo penyakit yg berjangkit mcm campak tu? for sure kena dok umah la. sy dh biasa ada maid. byk keje sy dia dh tg settlekan. sy bg arahan ja. huhu. (tu pn x reti nk berteima kasih lg kt maid tu hehe)

tp arwah mak mmg xpenah tlg jaga cucu2 dia. pada pendapat dia, itu tanggungjawab anak2. masa mak yg ada utk diri mak dan suami dia. yer la, nk pegi jemaah kt masjid, nk dgr ceramah, nk mengaji Quran, pegi kelas dan mcm2 la. peranan mak hnya bagi nasihat dan pendapat. sementelah (wah ayat..) mak pon mmg dh x sihat sgt. kudrat yg ada hanya utk uruskan diri dia.

thn dpn sy dh x der maid. suma urusan atas diri sy dan suami.semoga sy mampu menghadapi suma urusan ngan tenang.InsyaAllah.

Friday, November 11, 2011

Panggilan Baitullah

bln lepas sy ada kursus kt CIAST. masa kt kursus tu ada sorang kakak ni yg dh pegi haji. kak lisa nama dia. during individual presentation, dia present about experience dia masa di tanah suci. sy rasa sgt informatif.

antara yg paling sy ingat ialah, utk pegi ke tanah suci, kita perlu sentiasa berdoa supaya kita dijemput Allah ke rumah Nya. supaya Allah menghantarkan kita jemputanNya. ada org yg dpt pergi ke Mekah tp x dpt menunaikan haji. according to kak lisa, org tu ditawarkan menjadi pengiring kpd sultan semasa musim haji. ikut logik, msti la dia pon akan menunaikan haji. tp oleh sbb pasport dia problem di satu tmpt (x ingat nama tmpt tu) dia x sempat wukuf di arafah yg menyebabkan haji dia terbatal. alangkah ruginya.

jadi lesson of the day, harus sentiasa berdoa supaya kita menjadi hamba yg dijemput Allah ke rumahNya satu hari nnt. insyaAllah jika tiada aral, sy akan menunaikan haji pd thn 1437.

pada muslimin dan muslimat yg dh ada akaun tabung haji dan simpanan anda dh cukup RM 1300, silalah mendaftar. x perlu tunggu umur 50, takut nnt dpt giliran umur 60. by that time, sudah tidak segagah dulu.

Friday, September 23, 2011

the bodyguard

haha...ni movie yg berkurun lama. kevin costner & whitney houston. sy tertengok masa last week. seronok la gak. maklum la citer lama2 kan. walaupon x der sejarah yg berkaitan but it's just to enjoy myself.

ICELT 2011

international conference on english language teaching 2011

ritu sy pegi conference ni la. 18-20 september 2011. anjuran UPM. buat kt swiss garden hotel and spa kt lumut. mmg unexpected la of the place. very remote. pastu jln dia tu, about 3 km la, bengkang-bengkok. jln sempit. selisih ngan bas..huuu...mntak simpang la...ngeri jer.

overall d conference is not well organized. too many presenters and participants. pastu room for presentations mcm x cukup. lots of changes. in terms of venue and presenters. pastu lagi ada ka patut depa (pihak penganjur) during registration, dh siap2 bg sijil penyertaan. masa sy register tu ada gak terlintas mcm nk balik awai hehe. maklum la dh attend conference kan...

another problem is lalat ... masyaAllah... baaaanyaknyer. ari2 dok fight over the flies ja. huhu.

but the good side of this conference was the villa. haha. villa semi-D. wahhh so luxurious. masa 1st day smpai tu sy bwk azwa ngan aimi. diaorg mandi dlm bath tub...x nak kuar. huhu.

however, dpt jugak ilmu tu sket2. especially during plenary. mmg bagus la org2 tu. very energetic, byk ideas. hrp2 sy akan terkesan la dgn apa yg sy dpt kt situ. amin.

Thursday, September 22, 2011

mak saya..

ari ni dh start keje balik after 12 days of cuti and convention. fuhh...rasa mcm org baru pindah tmpt keje. lost in the middle of work place. ntah la.

cuti. sebab jaga mak kt hospital. mak sy sakit dh lama. terlalu lama. lama dok hospital. almost sebulan. masa sy balik ritu, dokter discharged mak sy tp sempat semlm saja kt umah. d next mornin hantaq masuk emergency, masuk wad balik. owh...frustnyer sy. sy harapkan buleh la sy jaga mak kt umah. xpa la.

since then mak mcm lost hope. she always depend on the h20. dia ckp bernafas x puas x dak dat thing. according to the doctor, they have done what they should do. now mak kena try sendiri. in order to kembangkan paru2 mak, dia kena bernafas naturally. slowly. one of the doctor said my mother is depressed. bukan penat @susah bernafas as she claimed.

sy susah ati. nampak mcm hepi. sy hanya mampu berdoa. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Dia pencipta manusia. kita akan balik pada Allah jugak satu ari nnt.

Friday, August 12, 2011

hati saya..

sy rasa mcm x patut jer apa yg sy rasa ni..tp yer la dh nama manusia..sy tetap rasa. jujur sy katakan sy agak bersedih dan berkecik ati pada bos sy. sy pon mcm mls nk citer lebih2 pasai tu. tp yg pasti, sy bukan lg org yg dia buleh harapkan utk buat kerja. sebarang kerja.

ntah la sy merasakan sy ni antara golongan yg di'aim' atau di'chop' sbg rebellious (ni apa yg sy rasa yer). mungkin sy tersilap, mungkin sy terlebih emos, mungkin sy terlebih semasa berkata-kata. ibarat perumpaan terlajak perahu buleh diundur terlajak kata mmg binasa.

sy kena muhasabah diri. since kejadian tu sy rasa mcm x happy. on d surface, yes, sy buleh bergelak ketawa as if nothing had happened. but deep inside me...sy rasa menyesal ngan suma ni. kenapa msti sy tau cerita yg camtu. bukankah lebih baik sy tidak bekerja di sini.

sy kena muhasabah diri. sy yakin sy buleh lalui semua ni. sesungguhnya Allah tidak menguji sy atas sesuatu yg sy x mampu. hanya pada Allah tempat sy mengadu, tempat utk meluah rasa, Dia Yang Maha Mendengar.

sy tidak menyimpan dendam apatah lagi utk merasa benci. sy diajar utk menghormati org yg lebih tua dr sy. tambah pula dia adalah ketua sy. sy perlu lebih belajar memahami org. memaafkan bg sy adalah lebih mulia dr menerima maaf.

kdg2 pikiran jahat tu seolah2 suruh sy pindah dr sini. hehe. tp tu tak selesaikan masalah. lg pon sy nk pindah ke mana??? kalo urusan pindah tu sesenang baca A,B,C mungkin sy dh lakukan.

sy sekadar meluah rasa. yer la pihak yg kena mesti x pueh ati kan???huhu. adat la tu. sy kena muhasabah diri. sy terlalu lalai ngan senangnya idup. sy x cukup bersyukur. lalu Allah menduga sy.

xpa la....sy redha. andai sy silap..maafkan sy

Thursday, May 19, 2011

teaching is...

hem..x terkejut sgt bila dgr citer camtu tp sy kesal sgt bila org2 tertentu menggunakan profesion ni utk menghentam pelajar atau org2 yg dia x suka. owh sungguh x profesional.

nak tau citer apa? meh ler sy story sket. alkesahnyer students present projek. setiap sesi presentation tu ada panel2 yg akan bertanya soalan termasuk la sahabat2 sy yg mengajar entrepreneurship. ntah la sy ada dgr yg kata sesi panel2 tu ngan group budak2 tu mmg dh dirancang. wallahualam. so bila time budak2 ni present, khabarnya..diaorg kena bambu cukup2 ngan panel berdua tu. sampai disuruh buat semula. oh my!!!

ada lagi....cara panel berdua tu menghandle sesi tu pun x pro lah. berckp seolah2 mereka pandai suma. membahasakan diri 'aku', panggil student 'ko'. ish sy rasa x beradab. mereka x sepatutnya jadi panel. mereka sepatutnya belajar dulu adab majlis formal. tp sapa nak ajaq depa ni???


peranan guru bukan utk caci maki budak. tp utk MEMBERI ILMU. antara pekerjaan yg mulia ialah menjadi guru. xdak guru xdak la alim ulamak, dokter, engineer, arkitek, lawyer...even nurse, kerani sekali pon.


mcm mustahil la org2 ni dapat diusik, ditegur. diaorg ni ada kabel kuat. masing2 saling tolong-menolong. cover apa yg boleh dicover. backup mana2 yg patut.

tp depa mungkin lupa masih ada 'kabel' paling kuat di atas sana. sy terkesan ngan kata2 ust maza (ust asri - bekas mufti perlis). antara yg sy ingat tu dia kata kita mmg ada byk halangan kalo kita nk jumpa org2 atasan. tp xder sapa buleh menghalang kita bila kita nk berdialog ngan yg di atas langit sana that is Allah. jadi sentiasa la rendahkan diri kita, bermunajat la ngan Allah. hanya dia yg Maha Kuasa.

kepada pelajar2 sekalian...ingat la tu hanya ujian dunia. sikit sgt. teruskan berjuang...

Sunday, May 15, 2011

Allah Maha Berkuasa

sungguh...bukan berkuasa ja, Maha Mendengar, Maha Mengetahui. sesungguhnya hanya pada Allah kita memohon. Allah jualah yg mengabulkan doa saya.

previous entry sy ada cerita sket tentang sahabat yg berkonflik. alhamdulillah keadaan dh jernih. sy sgt bersyukur. teramat sebenarnya. terasa mcm nk wat kenduri lak huhu...

sepanjang tempoh konflik mmg sy terasa tempiasnya. bukan sy ja, upanya sahabat sy yg sorang lg pon rasa gak. sy selalu terpikir nk wat itu, nk wat ini utk baikkan sahabat2 sy. tp sumanya x jd sbb sy takut...takut jd kok lain. takut terslh ckp... takut bertambah teruk.

apa yg sy mampu buat ialah berdoa. sungguh la kata ulama, kata pendakwah supaya kita sentiasa berdoa memohon padaNya. sesungguhnya Allah takkan menguji kita dgn sesuatu yg x termampu oleh kita. sy sering berdoa supaya Allah melembutkan ati sahabat2 sy. x sanggup rasanya nk tgk sahabat2 berpecah-belah.

dan satu hari sahabat ni bgtau sy dia dh start berckp dgn sahabat yg sorang lg. sy mcm x percaya. betui ka apa yg sy dgr. dan dia cerita lagi bla..bla..bla..


terima kasih ya Allah. sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.