Thursday, May 19, 2011

teaching is...

hem..x terkejut sgt bila dgr citer camtu tp sy kesal sgt bila org2 tertentu menggunakan profesion ni utk menghentam pelajar atau org2 yg dia x suka. owh sungguh x profesional.

nak tau citer apa? meh ler sy story sket. alkesahnyer students present projek. setiap sesi presentation tu ada panel2 yg akan bertanya soalan termasuk la sahabat2 sy yg mengajar entrepreneurship. ntah la sy ada dgr yg kata sesi panel2 tu ngan group budak2 tu mmg dh dirancang. wallahualam. so bila time budak2 ni present, khabarnya..diaorg kena bambu cukup2 ngan panel berdua tu. sampai disuruh buat semula. oh my!!!

ada lagi....cara panel berdua tu menghandle sesi tu pun x pro lah. berckp seolah2 mereka pandai suma. membahasakan diri 'aku', panggil student 'ko'. ish sy rasa x beradab. mereka x sepatutnya jadi panel. mereka sepatutnya belajar dulu adab majlis formal. tp sapa nak ajaq depa ni???


peranan guru bukan utk caci maki budak. tp utk MEMBERI ILMU. antara pekerjaan yg mulia ialah menjadi guru. xdak guru xdak la alim ulamak, dokter, engineer, arkitek, lawyer...even nurse, kerani sekali pon.


mcm mustahil la org2 ni dapat diusik, ditegur. diaorg ni ada kabel kuat. masing2 saling tolong-menolong. cover apa yg boleh dicover. backup mana2 yg patut.

tp depa mungkin lupa masih ada 'kabel' paling kuat di atas sana. sy terkesan ngan kata2 ust maza (ust asri - bekas mufti perlis). antara yg sy ingat tu dia kata kita mmg ada byk halangan kalo kita nk jumpa org2 atasan. tp xder sapa buleh menghalang kita bila kita nk berdialog ngan yg di atas langit sana that is Allah. jadi sentiasa la rendahkan diri kita, bermunajat la ngan Allah. hanya dia yg Maha Kuasa.

kepada pelajar2 sekalian...ingat la tu hanya ujian dunia. sikit sgt. teruskan berjuang...

Sunday, May 15, 2011

Allah Maha Berkuasa

sungguh...bukan berkuasa ja, Maha Mendengar, Maha Mengetahui. sesungguhnya hanya pada Allah kita memohon. Allah jualah yg mengabulkan doa saya.

previous entry sy ada cerita sket tentang sahabat yg berkonflik. alhamdulillah keadaan dh jernih. sy sgt bersyukur. teramat sebenarnya. terasa mcm nk wat kenduri lak huhu...

sepanjang tempoh konflik mmg sy terasa tempiasnya. bukan sy ja, upanya sahabat sy yg sorang lg pon rasa gak. sy selalu terpikir nk wat itu, nk wat ini utk baikkan sahabat2 sy. tp sumanya x jd sbb sy takut...takut jd kok lain. takut terslh ckp... takut bertambah teruk.

apa yg sy mampu buat ialah berdoa. sungguh la kata ulama, kata pendakwah supaya kita sentiasa berdoa memohon padaNya. sesungguhnya Allah takkan menguji kita dgn sesuatu yg x termampu oleh kita. sy sering berdoa supaya Allah melembutkan ati sahabat2 sy. x sanggup rasanya nk tgk sahabat2 berpecah-belah.

dan satu hari sahabat ni bgtau sy dia dh start berckp dgn sahabat yg sorang lg. sy mcm x percaya. betui ka apa yg sy dgr. dan dia cerita lagi bla..bla..bla..


terima kasih ya Allah. sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Thursday, May 5, 2011

kenapa perlu nama gelaran

tau gelaran tu apa? haa maksudnya kita dh chop sekian2 org dgn gelaran yg kita senang nk ingat yg ada pd org tu (tu ikut kamus sy la hehehe)..cthnya kan 'minah tonggek' - sbb bontot dia tonggek sket, errm 'limah jongang' - sbb gigi dia jongang. haa tu antara gelaran yg besa kita dgr la kan.

gelaran ni pada sy byk kpd negative connotations. that's why sy x suka bg gelaran kt org. dan sy x suka gak nk panggil org dgn nama gelaran. ehh mcm dh melalut ja ni...huhu. yg sebenaqnya sy nk citer kesah sahabat2 sy ni. diaorg bermasam muka. ok fine. sy ni org yg ditengah2. bukan org tgh tau. ditengah2 shj. sblh kanan kwn sblh kiri pon kwn. x yah la sy citer sapa slh sapa betui becoz dlm kisah ni masing2 ada slh.

ok. so ceritanya si A memberi gelaran yg sgt negatif pd si B. (mujuq B xtau, sy ja yg dgr huhu). sy terpikir sampai ati A ckp camtu kt B. kalo yer pon dh x suka sgt, berpada-pada la. apa yg A sebutkan adalah sesuatu yg mmg xdak pada si B. kesah B wat silap... tu kalo nk dibandingkan dgn gelaran yg diberi adalah jauh panggang dr api. sy amat sedih tp sy x mampu nk kata apa2. betapa sy x suka dgr gelaran yg mcm tu.

sy sendiri penah dipanggil b****a oleh org yg dkt ngan sy...considered as family member. kes sy lg teruk..langsung x tau apa punca. sy masuk dgn keadaan yg huru-hara camtu so x menangkap la kt mana silap and there is no ruang for me utk betulkan apa yg slh. very scary d movie. cuma bila dh lama2 camni sy pon dh mangli. sy pon 'kau kau aku aku, aku x kaco ko, ko jgn kaco aku' (hee buleh ker camtu ). tp masa tu mmg sy sedih giler. rasa down sgt. sepanjang perjalanan balik mlm tu sy menangis. betapa sy hina di mata dia. sedangkan sy x penah wat benda2 x senonoh. sy dibesarkan dgn didikan agama yg menjadikan sy mampu utk menilai apa yg baik apa yg buruk. sy x pegi menyundal atau berjalang ngan lelaki2 kt luar sana. kenapa mesti sy dipanggil dgn nama tu. hemm ntahla. ujian Allah. sy hanya mampu berdiam, x mungkin sy akan lawan. sy hormatkan dia dan sy mengambilkira sejarah hidup dia yg x sama mcm sy.titik.


haa tgk kan sy dh melalut lg. back to the story hehe...

dh x der apa nk distorykan lg. maybe si A yg berkata pon just utk memuaskan ati dia. ntah la. ni pon sy x mampu nk tegur, sy hanya mampu berdoa supaya satu hari nnt masih ada peluang mereka bermaafan. cukup la tu pun. yg slh tetap slh kerana meninggalkan luka di hati org lain. tp bukankah memohon maaf dan memaafkan itu sesuatu yg mulia, indah di sisi Islam.







peace.