Friday, December 2, 2011

status FB

sy terbaca status FB sahabat sy. (x perlu la dinyatakan di sini k). jauh di sudut ati sy, agak terkilan bila dia persoalkan status DG jabatan lain. sy tau dia seorang yg hardworking, keje2 dia tip top. kalo ari ni bagi kerja, esok msti dh dpt. in term of management pon bagus. dia seorang yg dedicated.

nape DG menjadi satu isu?

ni apa yg sy rasa. my point of view only. jgn slh paham. 2/3 minggu lepas ada ura2 kerajaan nk buat waktu keja cikgu (of course DG) 7.30 - 4.30. dari apa yg sy dgr (ujung2 telinga je la..mls nk amik pot) seolah2 dia bersetuju dgn apa yg kerajaan nk buat sebab kami di kolej pon adalah guru DG yg keja 8-5. seolah2 sepatutnya tiada beza DG di sekolah dan DG di kolej.

honestly sy rasa x patut. keje cikgu sekolah sebenarnya lebih mencabar. cikgu sekolah dealing with students yg bermacam ragam, segenap lapisan kaum, level dan mcm2 lg la. mungkin family sy sendiri ramai yg jadi cikgu so sy nak back up cikgu. maybe. sy selalu dgr citer from kakak dan adik sy bagaimana pelajar zmn sekarang sgt2 mencabar kewibawaan mereka sbg guru. layan cikgu2 mcm layan kawan2. kena yg kelas A, kepala cara kelas A. perasan pandai, agak berlagak dan sombong...(namun bukan semua berperangai camtu). yg kelas bwh sket, cara bwh la pulak. semua ni mmg mencabar kesabaran seoarng insan bergelar guru. selain dr tu, keje2 di sekolah pon byk. mcm2 aktiviti nk dibuat. minggu ni aktiviti ni, next week aktiviti lain lak. yg nk buat cikgu2 ni gak.

mungkin ada guru yg x dak keje...ceritanya pegi sekolah, ngajar, gosip lebih kurang, rehat2, balik umah. itu jer rutin dia setiap ari. tp setakat ni payah sy nk jumpa 'cekgu' yg mcm tu (veteran maybe...). kalo yg muda, energetic ni mmg diberi lambakan kerja la.

sy xder la menyalahkan sahabat sy 100% atas status yg dinaikkan. mungkin sahabat sy bercakap atas dasar apa yg dia nampak, dengar dan tau. maybe sahabat sy x bermaksud apa2, sekadar status. maybe sy yg telah tersalah tafsir status tu. maafkanlah sy. hanya manusia biasa yg membuat interpretasi berdasarkan ilmu yg cetek.

namun sy berharap agar profesion sy (walaupun x secemerlang mana huhu) dpt melahirkan insan2 yg dpt menyumbang kpd agama Islam. insyaAllah.